Selasa, 17 April 2012

APAM BERAS.





Di samping berkebun aku minat jugak bab masak nie....first time nak buat apam beras buat dari tapai nasi.... di sini aku sertakan resepi untuk membuat apam beras tapai nasi.

Bahan-bahan
1 cawan nasi sejuk
1/2 biji ragi
2 peket eno perasa biasa.
5 cawan air sejuk
1 cawan gula pasir
1 peket tepung beras.
Pewarna pelbagai colour.

Caranya :-
1 cawan nasi digaul bersama dengan 1/2 biji ragi (hancurkan) dan peram selama 2 malam untuk dijadikan tapai. Setelah menjadi tapai, blender kesemuanya bersama gula bersama 1 cawan air. Selepas diblender masukan 1 peket tepung beras kacau hingga sebati dan dibiarkan selama 6 jam. Setelah cukup 6 jam ( lebih sikit jamnya pun tak pe)masukan eno dan kacau hingga sebati. Ambil 1 jag bancuhan tersebut dan masukan 1@2 titis pewarna dan tuang kedalam acuan sehingga habis. Kukus selama 7 minit. Jika apam tersebut tu merekah tengah-tengahnya bermakna jadilah apam beras tersebut. Sedap di makan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam. Selok-eloknya dibuat pada waktu malam sebab bangun pagi kita boleh terus kukus.


Selalunya hari cuti, jika tiada katering..aku suka berkebun di kawasan rumah. Kawasan tanah takde lah luas sangat. Boleh la untuk hilangkan tansion boring-boring hari cuti. Bulan lepas aku semai benih kobis bulat...selepas 2 minggu benih bercambah..aku terus alihkan ke kawasan penanaman. Hari ini aku ambil gambar, kobis aku dah mula nak menggulung kelopak daunya.

Isnin, 9 April 2012

Ahad, 8 April 2012






Bila lihat cantik-cantik hiasan di meja pengantin..hati ini rasa ingin belajar untuk membuat ukiran buah-buahan. Jadi saya cuba mencari kelas untuk belajar membuat ukiran buah-buahan dan sayuran. Foto-foto ini adalah hasil kerja tangan saya. Baru belajarlah katakan...

Khamis, 5 April 2012










Salam..kepada kawan-kawan,teman-teman yang mengenali saya.. Blog ini masih baru usianya dan saje-saje wujudkan laman ini untuk tatapan kita. Ketika waktu lapang saya suka pergi 'partime' katering. Area katering selalunya di Bangi & Putrajaya. kebanyakan foto-foto ini di ambil semasa katering.