Selasa, 17 April 2012

APAM BERAS.





Di samping berkebun aku minat jugak bab masak nie....first time nak buat apam beras buat dari tapai nasi.... di sini aku sertakan resepi untuk membuat apam beras tapai nasi.

Bahan-bahan
1 cawan nasi sejuk
1/2 biji ragi
2 peket eno perasa biasa.
5 cawan air sejuk
1 cawan gula pasir
1 peket tepung beras.
Pewarna pelbagai colour.

Caranya :-
1 cawan nasi digaul bersama dengan 1/2 biji ragi (hancurkan) dan peram selama 2 malam untuk dijadikan tapai. Setelah menjadi tapai, blender kesemuanya bersama gula bersama 1 cawan air. Selepas diblender masukan 1 peket tepung beras kacau hingga sebati dan dibiarkan selama 6 jam. Setelah cukup 6 jam ( lebih sikit jamnya pun tak pe)masukan eno dan kacau hingga sebati. Ambil 1 jag bancuhan tersebut dan masukan 1@2 titis pewarna dan tuang kedalam acuan sehingga habis. Kukus selama 7 minit. Jika apam tersebut tu merekah tengah-tengahnya bermakna jadilah apam beras tersebut. Sedap di makan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam. Selok-eloknya dibuat pada waktu malam sebab bangun pagi kita boleh terus kukus.

2 ulasan:

  1. ni klu lin tgk ni mesti dia tanya macam2 ngan cikgu ni..:)

    BalasPadam
  2. kita tunggu dan lihat...apakah soalan yg akan di ajukan...hehehe

    BalasPadam